KaLo SuDi FolloW La SaYe.. TheN INSYAALLAH i Will fOllow U bAcK..=p

Friday, December 23, 2011

Kenapa kanak-kanak sekarang lain dengan kanak-kanak dahulu?

kenapa ye kanak-kanak sekarang berbeza dengan kanak-kanak dahulu??
kalau kita tengok pun memang ada lainnya..
time zaman aku budak..time zaman abang aku budak lain dengan zaman budak sekarang..

jom tengok apa yang lainnya...

DAHULU

kalau zaman kita dulu mesti tunggu waktu petang
sebab waktu petanglah kawan keluar ramai-ramai nak main
kita pun joinla sekali main..
tapi kadang-kadang bukan petang je..
tengah hari buta pun kita main..
punyala syok dulu main ramai-ramai..

selalu kalau budak perempuan mesti main lompat-lompat getah..
takpun main lubang tikus..teng-teng ke..
tak tahula korang kenal ke tak permainan ni..

tapi yang paling best main hantu galah, baling selipar ngan besbol
amik kayu pukul bola tenis lari satu pusingan
serius seronok main ramai-ramai..
rasa macam taknak balik rumah je..

Gambar: Syok kan main teng-teng cam gini ramai-ramai


TAPI SEKARANG

susah sangat rasanya aku nak tengok dah sekarang budak-budak nak main kat lua petang-petang
kalau ada pun budak-budak laki main bola atau futsal
nak main lompat-lompat getah ke..hantu galah ke..
besbol ke memang payah da nak jumpa...
diorang ni duk umah main playstation je
takpun lagi canggih main ipad..
budak-budak sekarang kan...


Gambar: even yang kecik baru 2 3 tahun pun dah pandai main ipad da..hehe




DAHULU

kalau tengok fesyen dahulu dengan sekarang memang berbeza
kalau dulu budak perempuan pakai baju kembang je..
tak pun pakai baju pun selebet je..
sama dengan budak laki..
kita dulu sibuk main je..mana ada masa nak pikir baju aku cantik tak
baju aku branded tak...takda masa pun nak pikir tu semua
yang kita pikir main...main..main..

TAPI SEKARANG

cuba tengok budak-budak sekarang..
baju diorang memang kalah kita..
nak pakai yang cantik je
yang ikut trend je..
dan kadang-kadang nak yang branded je..
kalau dulu kita boleh je pakai baju yang sehelai harga sembilan hinggit sembilan puluh sen tu
budak sekarang mana lah nak..
silap-silap buat kain buruk je..



Gambar: Kecik-kecik dah jadi model..kalah madonna..=)



DAHULU

kalau dulu kita nak telefon kawan-kawan, takdapat telefon rumah,
gunalah public phone..
cari duit syiling semata-mata nak pergi telefon kawan




TAPI SEKARANG

nak cari public phone pun dah susah..
sebabnya semua orang dah ada handphone..
budak darjah 1 pun da pandai pakai handphone dah..
cubala tengok kalau raya ke kenduri ke..
kalau kita dulu, jumpa sedara, jumpa kawan main kat depan rumah
tapi budak sekarang sedara pun tak kenal agaknya
sebab sibuk duk tekan handphone kat tangan

handphone canggih lak tu.. iphone, touch pad tu punya handphone
tak main lah pakai handphone nokia yang besar gedabak tu da
semua nak yang nipis-nipis..

DAHULU

kalau dulu bila dapat no 1 je atau dapat keputusan 5a ke upsr
family mesti bawak kua makan, sebagai hadiah
takpun paling hebat pun dapatlah basikal ke


TAPI SEKARANG

bila dapat je keputusan baik, hadiah dia mesti
handphone canggih
ipad
Playstation
laptop
kamera dslr
canggih betul budak-budak sekarang
dulu kita tak pandai pun nak mintak-mintak benda camni..


Gambar: Dulu-dulu ipad ni jela yang ada...hehe


DAHULU


dulu kita time kecik-kecik ni mana la ada perasaan sangat nak bercinta-cinta ni
tengok muka masing-masing semua takde selera
sebabnya memang tak terpikir pun semua tu


TAPI SEKARANG


budak-budaknya advance..da pandai dah main-main mata
bercouple-couple lak...
pastu dating kat shoping mall..
baru setahun jagung..
baru darjah 5, 6 da pandai da jalan-jalan dating
macam-macam...



kalau tengok dahulu dengan sekarang memang lain sebab zaman pun dah lain
tak kesah la kita ni budak zaman mana pun tapi yang penting
buat apa pun mesti ada batasan dia
tak salah pun hidup kat zaman dunia canggih ni
tapi sekurang-kurangnya kita pandailah beza mana buruk mana ok
ye adik-adik..

jom kita main hantu galah ramai-ramai..hehe
adios..amigos....=)











Friday, July 15, 2011

Kenapa gaduh-gaduh ni baby?

Kenapa gaduh-gaduh ni baby?
Tak baik tau gaduh-gaduh ni...
baby kan comel..baik...=)





Jom kita tengok baby ni gaduh macam mane..







Dialog baby comel ni:

boy:i said no!
girl: if i say *pause*yes.. i say yes! if assaayy no ummm no!
boy: noooo!
girl: i saaaayyy no
boy:iiiiiii saiiidd no first!
girl: i said no first!
boy: be quiet!
girl: you be quiet!
boy: *points finger*you be quiet nooowww!
girl:you be quiet! I'm four? u not four!
boy:*he repeat the girl said
girl: you are bad!
boy: no you are bad!
girl: imma tell your mom.. you go home
boy: go

Really funny this video
Kecik-kecik dah pandai ye baby
Nanti besar jangan macam gitu tau..=)

Wednesday, July 13, 2011

Kenapa kau bergaya macam tu?

assalamualaikum bloggie-bloggie sekalian..

rasanya dah berkurun aku tak update blog.nak kata takda masa banyak je masa
tapi mungkin tahap kemalasan aku yang melampau sejak menjak habis study ni

so...aku nak update blog aku ni dengan tajuk yang mungkin sedang hangat diperkatakan..
pasal TUDUNG

bila sebut pasal TUDUNG akan timbullah pelbagai isu-isu yang sensitif yang nak dipersoal dan diperkatakan

ayat aku dah jadi skema..aku tertarik nak cerita pasal isu ni sebab aku terbaca satu artikel ni kat
Majalah NUR keluaran Julai baru-baru ni..

Bila baca artikel ni memang rasa sekarang ni dunia dah semakin tua..
berbalik pada cerita tajuk kita hari ni
"KENAPA KAU BERGAYA MACAM TU?"

terbeliak mata pak imam tengok!! ish..ish...credit pic: oh media


Rasa-rasanya kenapa kau bergaya macam tu??
kalau sebut bab bergaya ni..waktu sekarang ni macam-macam fesyen dah yang ada
tepulang kat kita sahaja nak bergaya semacam mana..

tapi apa pun fesyen yang kita gayakan akan ada batasannya..
so aku petik kata-kata dalam artikel ni yang ditulis oleh
Pn Yasmin Siddik
mengenai fesyen muslimah sekarang.

Pn Yasmin Siddik ni memang popular...
Dulu dia pernah datang UTM bagi talk..
Serius best..

Antara kata-kata dia:

"Menutup kepala bermula dengan menutup rambut, telinga, leher dan dada
sehingga payu dara dan apa sahaja cara ikatan tudung yang digunakan, janganlah
sampai ia membuat wajah kita kelihatan luarbiasa dan menarik perhatian orang"


"Ikatan tudung dengan fesyen bonggol merupakan trend terkini namun tidak ramai
tahu akan sejarah tudung yang diikat dengan sanggul tinggi merupai bonggol unta.
Wanita jahiliah sebelum kedatangan Islam membuat sanggul tinggi
dan meletakkan tudung mereka di belakang badan dengan tujuan menampakkan perhiasan di dada serta bentuk payu dara mereka. Selepas kedatangan Islam, tudung diletakkan di depan dan sanggul direndahkan untuk menunjukkan wanita demikian terdidik dengan baik"

"Trend mengayakan tali pinggang dengan seluar tidak salah tetapi tidak boleh digayakan
seperti kaum lelaki dimasukkan ke dalam seluar sehingga menampakkan seluar atau alur punggung"


"Mengikuti perkembangan fesyen tidak salah tetapi biarla bertempat dan
tidak memalukan. rasa malu itu membuatkan seseorang wanita itu lebih istimewa"

Teringat kata-kata ustaz dalam Halaqah Sentuhan Qalbu:
Adakah kita mahu dipandang cantik di dunia,
tetapi dipandang jijik dan hina di sana?? (Akhirat).

so jomlah kita sama-sama jadi muslimah yang istimewa
di mata semua lebih-lebih lagi di mata Allah.Insyaallah....

kalau pakai macam ni sure akan dapat perhatian..hehe
senang nak tidur


P/S:Kat tempat tinggal aku ni ada 2 orang perempuan
baru je dua hari meninggal pada hari yang sama..
dua-dua ni muda lagi..sorang dalam lingkungan 25 tahun..
yang sorang lagi baru 19 tahun..

dalam usia yang masih muda Allah dah menjemput mereka ni..
kematian kita??
kita sendiri pun tak dapat nak pastikan..

Thursday, February 17, 2011

Kenapa orang boleh mati sebab main game???


Korang agak-agaklah kan kenapa orang boleh mati sebab main game??
ni yang aku nak cerita ni..

huhu aku memang suka main game..tapi game masak-masaklah..haha
sebenarnya banyak dah kan game sekarang ni..
ada game lumba kereta macam Need for Speed
ada game perang-perang macam Red Alert
ada game tembak-tembak macam Counter strike..
ada game tanam-tanam macam game zombie..
pendek kata...memang tak terkatala banyaknya..

Tapi yang aku nak cerita ni game online
aku rasa korang biasa kot main game online ni kan..
tapi aku nak bagi game yang best punyaaaa..

1) Game ni kalau korang main memang boleh mati sebab terkejutzz

huhuhu......game ni aku try main sem lepas..
kawan aku bagi link.dengar dia cerita memang macam bersemangat gakla aku nak main
aku pun tryla bukak...dia memang lembab sikit nak loading..korang kena sabarla sikit..

pastu korang masukkanla apa yang diorang suruh masukkan macam nama ke apa ke
dan yang paling penting game ni hanya boleh main dari pukul 6 petang sampai 6 pagi..
kalau tak silap akula..tapi kalau korang nak main waktu lain pun boleh je..just setkan je laptop korangnya clock pukul antara 6 petang hingga 6 pagi tu..

nanti akan adala task-task yang korang akan kena main...task pertama time aku main dengan kawan aku..tangkap gambar hantu...macam nila..




Pastu korang klik..klik..klik..menghala ke perempuan rambut putih tu sampaila kua macam ni


hambik ko sekali!! kalau kau duduk betul-betul depan laptop tu mahu tak terperanjat..
terkejut gila la...aku menjerit kot main ni dengan kawan aku..
mula-mula tunjuk terer..last-last penakut..
tapi kitaorang meneruskan perjuangan..
memang mencabar task seterusnya..
kalau korang nak tahu..korang tryla main eh...kalu berani mainla sorang..
baik punyaaaa......hehehehehe <= aku gelak jahat..
tapi nak diingatkan yang sakit tu janganla main takut lagi bertambah sakit
yang cepat terkencing tu pun..pergila kencing dulu sebelum main eh..
game ni memang semuanya gelap..jangan risau..
dan memang dia akan automatik lari ikut pintu mana pun yang dia suka..jangan gabra..
hehehe......cuba tau..


2) Game ni kalau korang main, korang pun boleh mati sebab jenuh nak pilih baju and accesories dia yang cantik-cantik


Game ni memang sesuai sangatla kat ladies-ladies yang suka berfashion ni..
sebab kat sini korang boleh pilih fashion macam mana pun yang korang nak..
banyak gila kot..aku main game ni lepas cik ekin kita yang promote..
time kacih cik ekin..hehe

kat sini korang cakap je korang nak baju macam mana...kasut macam mana..beg tangan..
gelang...semuala sekali..even model pun korang leh pilih.
pandai-pandai koranglah nanti nak pilih..
aku cadangkan baiklah korang sign up...sebab nanti korang boleh save hasil kerja korang tu..
sign up pun free je..

ni tengok yang aku main...hehe aku tak pandai berfesyen..so kalau buruk tu janganla kutuk..huhuhu



3) Game yang ni memang syok sampai korang rasa nak mati sebab dah tak de suara


Game ni sekarang ni kawan-kawan aku tengah syok main..
oii pika..umai..ekin..tak habis-habis lagi ke korang battle...
hehehe
aku tak main lagi game ni..sekadar menjadi penonton sebab aku tak pandai nyanyi nanti
habis rosak lagu aku kerjakan.
bagi sapa-sapa yang kaki karaoke tu game ni memang sesuai la untuk korang..
tapi lagu-lagu kat sini lagu-lagu english je..malay takde.
tapi cita-cita kawan-kawan aku ni
diorang nak buat laman web khas untuk lagu-lagu melayu..tak tahula jadi ke mimpi je..huhu

pastu kat sini korang boleh sign up free and buat battle..kiranya nak lawan berkaraokela..
nanti korang bolehla lawan dengan kawan-kawan korang sendiri
ataupun dengan minah-minah saleh or arab yang karaoke sama gak..hehe
lagu korang boleh pilih...


tu jela yang aku nak kongsi
mainla berpada-pada..jangan sampai rasa nak mati..huhu

selamat mencuba

Tuesday, February 15, 2011

Kenapa Perempuan Suka Pakai Kasut Tumit Tinggi??


Korang rasa-rasa kan kenapa perempuan suka pakai kasut tumit tinggi ataupun heels..

sekarang ni kalau sebut je kasut tumit tinggi..dah macam-macam fesyen da
cakap je nak yang macam mane
yang belang-belang macam zebra..
nak yang muncung macam buaya...
nak tinggi macam zirafah...
semua pun ada..
janji ada duit je nak beli..

tapi kan pena tak korang tefikir-fikirla kan
kenapa agaknya sesetengah kaum perempuan suka berkasut tumit tinggi??
jawab..jawab...

aku rasakanlah..ni mungkin antara sebabnya rakan-rakan kita suka pakai heels:

1) Yang pertama: Orang cakap bila kita pakai heels ni kita akan rasa lebih berkeyakinan.betul ke??? aku rasala ada betulnya..sebab cuba kita tengok cikgu, lawyer dan orang kerja kat pejabat kebanyakkannya semua pakai heels...sebab apa?? sebab diorang ni rasa lebih yakin nak berhadapan dengan orang. kan memang kerja diorang berurusan dengan orang ramai. so kalau korang ada presentation korang cubala pakai kasut tumit tinggi ni.eksperimen sikit..berjaya ke tak hipotesis aku ni..semakin tinggi kasut tumit tinggi kau pakai semakin tinggi keyakinan kau..
huhu...last-last kau pun jatuh tergolek sebab tinggi sangat..agak-agakla tinggi nya ye..janganla pakai yang terlalu tinggi.

bayangkan korang pakai yang tinggi macam picture ni..fuhhh!! tabik springla kat korang..



2) Yang kedua: Mungkin sestengah orang dia merasakan bila pakai kasut tumit tinggi ni, diorang akan nampak lebih seksi. Emmm...seksi ye...seksi ke??? Kalau yang seksi aku pun tak berani nak komen. Mungkin seksila kot bila korang pakai skirt pendek dengan heels ni...

tengok picture kat bawah: betapa seksinya berkasut tumit tinggi ni sampai nak isi minyak pun ada orang snap gambar..huhu dashyat uolls..




3) Yang ketiga: Mungkin ada orang gemar pakai kasut tinggi sebab mahu kelihatan tinggi ala-ala model gitu. Yang ni memang selalu kan kita tengok..ramai yang pakai nak nampak tinggi and gojes. Tak dinafikanlah bila aku sendiri pun tengok orang pakai kasut tinggi ni, memang nampak menyerlah. Jalan pun ala-ala sopan gitu..sebab takut jatuh..huhu. kalau tengok artis pun, diorang tak kisahlah tinggi mana pun heels diorang, yang penting fofular..

setelah popular pakai heels, jalan pun kena ada bodyguard kan..dun forget say hai to your fan..kikiki




4) Yang keempat: Yang ni paling aku suka. kalau tengok kawan-kawan kita pakai heels ni, diorang ni may be rasa selamat. nak tahu kenapa?? sebab manalah tahu korang dah cantik-cantik pakai heels tunggu bas kat bus stop, tiba-tiba datang la mamat-mamat sengal yang membuat gangguan yang tahap melampau. korang boleh gunakan heels korang yang memang tingginya tidak terkira untuk selamatkan diri dari mamat-mamat ni. Lepas je korang guna heels ni belasah diorang, mungkin korang akan dianggap hero kasut tumit tinggi...bangga kan..kan..

Picture di bawah: Boleh gak dipraktikkan kat bos yang gatal mengenyam tu..hambik ko sekali!!


huhu tu jela antara kemungkinan-kemungkinan kenapa perempuan suka pakai heels..
hehe ni apa yang aku cakap ni ikut suka hati aku je...huhu

Monday, February 7, 2011

Tuesday, January 18, 2011

Contest Blog Paling Cantik, Comel Dan Kemas!!

Cantik ke?? Comel ke?? kemas ke??

rase2 nye blog saye ni kategori yang mane tuan penganjur??..hehe
dah lame diam..ari ni buat entry baru khas nak join contest ni..


so sape2 yang nk join contest..mohla tgk syarat2 die

just click here k...Farzana Farzanto..

hadiah die best kot..memandang kan aku ni memang suke nak beli baju online ni..
ni la peluang terbaik...mudah-mudahan saye ade can la yek tuan penganjur..

saye tag mereka-mereka ni:


p/s:dah berangan-angan nak pilih baju ape nanti..huhu

Wednesday, January 5, 2011

Pemenang Contest Lompat Si katak Lompat

sempena dah setahun da blog aku ni..aku pun nak umumkan sape yang menang contest ni
ok xyala panjang cerita...

jom tgk sape yang menang..


jeng..jeng..jeng...






tahniah kepade pemenang..yang x menang cube lg k next time..

Insyaallah akan ade lg..


Hadiah tuk pemenang u can choose either one..

RM 50 or perfume Body Shop

sila bgtau dgn segera k..


tadaa.....