Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

~MehLa BlaJa Buat PanCake~

Pancake Yummy..yummy..


aku x tau kenape pas aku tgk je cite Boys of Flower ade time die masak pancake tu aku terus rase teringin nk mkn pancake..

tgk pancake ni cam sedap je..

sampai meleleh air liur..

aku x pena cube lg..

tp akan dicube..Insyaallah..

jom2 cube..




Bahan:

Bahan A
Tepung gandum 1 cawan
Baking powder 2 camca
Garam sikit
Gula 2 sudu

Bahan B
Susu 1 cawan (guna susu dutch lady dalam botol tu pun boleh)
Telur 1 biji
Mentega 2 camca (dicairkan)

Cara-cara:

1. Gaul bahan A dan B dalam 2 bekas berasingan

2. Kedua-duanya dah rata/sebati, campur bahan A dan B tadi dalam 1 bekas

3. Gaul bahan tadi. Siap untuk dimasak!

4. Panaskan kuali, sapu mentega sikit.

5. Sendukkan la bahan tadi ke dalam kuali panas. Buatla saiz sebesar/sekecil mana yang suka. Agak-agakla masak macam mana.

5. Dah siap, boleh makan begitu sahaja sebab dah manis. Nak letak jem ke mentega ke madu ke semua boleh. Whipped cream pun boleh.

6. Kalau nak letak siap2 kaya/coklat/jem/peanut butter dalam bancuhan tu pun boleh jugak. Time senduk masuk kat kuali tu, letak la bahan yang digemari. Ataupun ada juga resipi yang letak pisang yang dah dilenyekkan ke dalam bancuhan, gaul sekali. So namanya Pancake Pisang. Bila nak makan nanti, tak perlu cicah-cicah. Semua dah ada kat dalam tu.


boleh gak kalo nak makan ngan coklat..sedapnyeee.....


mungkin nila agaknye adunan pancake itu bile dah masuk dlm kuali..saiz kecik2 comel..


ni contoh pancake syrup..ni contoh je yek..nnti jgn plak korg nk carik yg serupe cam gini gak..=p



tapi kalo korang rase mls gak nk adun2 ni..korang beli je instant pancake kat supermarket tu
banyak kot..pas ni bolehla mkn time breakfast..xya asyik mkn roti je
boleh gak bg mak mertua rase..hehe
boleh gak kalo nak tunjuk kat kwn2 yg korg ni pandai buat pancake...huhu


selamat mencube yek


p/s: aku asyik telan air liur je buat entry ni..ermmm
resepi ni aku amik kat sini..

Saturday, August 7, 2010

How To maKe Pizza like a Pizza Hut.....=p

Pizza..Nyum..Nyum..

.....Hari sabtu cam gini bosan kalo x buat pape..
......kebetulan all my friends sume xde..
....so tinggalla sorang-sorang kat bilik ni.....
...duk bosan cam gini teringat lak kat blueberry tart yang aku beli ari tu...
....sgt sedap...lg sedap kalo aku pandai buat sendiri..haha....
...search kat intenet, jumpala satu blog ni yang best.....
..macam-macam resepi kat blog ni akak tu aja..
..ckp je nak masak ape...
...memandangkan aku pun x pandai masak..hehe..aku pun copy la resepi die...
..so sape-sape nak masak pape ke tapi tak tahu camne leh lah g blog akak yatie ni....
..bukan nk promote pape pun tapi just nak share blog akak ni je..

ni resepi-respi akak yatie ni yang sempat aku tgk....


Pizza Supreme




Bahan-bahan.

* 200 gm tepung roti(saya guna 2 cwn)
* 1 sudu gula
* sedikit garam
* 1 sudu kecil yis
* 125 ml air>> tuang air sedikit-sedikit hingga jadi doh..
* 1 sudu butter - (saya guna 1 sb minyak zaitun dan 1 sb shortening)
* 1 sudu susu tepung
* 2 ulas bwng putih, cincang halus

* topping- keju mozarella, sosej, udang, mayonis, sos tomato, sos cili, parsley kering, black pepper, cendawan butang.


Cara-cara

1. Bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit, tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
2. Canai doh tersebut setebal 0.5 cm, cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit. *tak bakar pun takpe....
3. Sapu kulit piza dengan mayonis, kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato,ratakan sos
keseluruh bahagian. Tabur sosej,cendawan n udang yang di hiris kecil2 atau apa saja inti pilihan
di atas kulit pizza. Taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
4. Masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan
panas-panas!

**Kalau tak bakar doh pizza dahulu...masa masak sebenar adalah 20 minit



Blueberry Cheese Tart



Bahan-Bahan Pastri

250g butter
125 gm gula aising
1 biji telur
440g tepung gandum
2 sb susu tepung
1 sk vanilla
sedikit garam

Filling

250g Philadelphia cream cheese
60g gula aising
20g butter
25g whipping cream
1 biji telur
1 sk jus lemon
1 sb tepung gandum

Blueberry filling
secukupnya.

Cara-cara

  1. Untuk menyediakan pastri : Pkl butter dan gula sehingga sebati. Masukkan telur, garam dan vanilla.Masukkan tepung dan susu tepung.Uli guna tangan saja.Setelah sebati boleh di canai dan terap.
  2. Bentukkan doh menggunakan acuan tart yang comel2. Setelah itu bakarkan pastri di dalam oven selama 15-20 min dengan kepanasan 180 darjah celcius. Setelah masak keluarkan dari oven.Setelah sejuk baru keluarkan dari acuan tart.
  3. Untuk menyediakan cream cheese : Pukul cream cheese, butter & gula dalam satu bekas.Masukkan pula telur, jus lemon dan tpng gandum. Pukulkan kesemua bahan-bahan ini sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan cream cheese ini ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam doh tart yg sudah di bakar tadi.
  5. Masukkan sedikit adunan cream cheese kedalam pastri, setelah itu masukkan jem blueberry & akhir sekali litupi lapisan blueberry itu dengan adunan cream cheese. Buat kepada kesemua pastri tadi & setelah itu bakar di dalam oven selama 10 min dengan kepanasan 180 darjah celcius.
  6. Setelah tart masak kelurkan dari oven, dan sejukkan. Setelah itu bolehlah dihidangkan.


Ayam Goreng Ala2 KFC




Bahan Untuk Perap Ayam

6-8 ketul ayam (saya guna 1 ekor-dipotong 12)3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung

1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras
3 ulas bawang putih ditumbuk(saya guna garlic powder)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa
=> 2 biji telur(dikocok2 je)

Cara-cara

  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.(saya goreng dengan minyak yg banyak dlm periuk)
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

.......Selamat Mencuba Kwn2...