KaLo SuDi FolloW La SaYe.. TheN INSYAALLAH i Will fOllow U bAcK..=p

Monday, August 23, 2010

TiDo..TiDo...ZzZzzz

TiDoLa...Mlm DaH Ni..



Lame dah x update blog..
semalam hari ke 12 kite puase kan...
dah ari ke 12 ni aku dah asyik pk nak balik umah je
x sabar nak pose kat umah

bile dah asyik duk pk balik....balik...umah....mak....umah...
kat kelas study pun dah xleh fokus dah
bulan pose ni...dahla x sahur...ngantuk pulak tu
dgr lak lecture yang panjang
bikin waa ngantuk je.....
Telinga kanan dgr ckp jgn tidooo
telinga kiri dengar cakap tidooooooooooooo

ingatkan aku je yang ngantuk..
Rupenye satu kelas pun ngantuk

disebabkan lecturer tgk muke kiteorg yg terang2 nampak letih+ngantuk+blurr..
die pun bgla balik awal..tp xla awal sgt pun..
tapi kire bersyukur la sgt..
time kasih En Fadil atas keprihatinan itu..
hehehehe..=p







Lecturer kat depan..korang tido kat belakang..hebat2..=p




Sleeping Beauty....=p




Aku je x tido...walaupun pade hakikatnye aku pun tido..wawawaw..=p


Kredit to Ekin "Google" 4 de pic..Time kacih Ekin

Monday, August 16, 2010

MeNu FaVouRiTe KeTiKa BerBuKa

assalamualaikum blogger2 sekalian
harap2 berpuase dgn baikla ye
sebut bulan puase je
Bile petang menjelma, kite mesti slalu dah pk kita nak berbuka ape nanti
Bile jalan-jalan kat bazar tgk makanan, semua pun kite nak beli
tapi bile dah berbuke x abis pun
so kite kenala membeli mengikut keperluan
bukan mengikut nafsu ye

tuk membantu korang membuat pilihan nanti
aku postkanla antara makanan2 fav rakyat Malaysia bile time bulan puase
ni berdasarkan pemerhatian akula
mungkin ade gak yang aku tak tunjuk kat blog ni

*nasi kerabu*



*nasi lemak rendang ayam*



*nasi ayam penyek*


*nasi ambang*



*char kueh tiow*



*Bihun Soto*



*Laksa*



*Murtabak*



*Ayam Percik*



*Kuih Pelita*




*Kuih Lopes*


*Kuih Cara*



Ingat ye kawan2...
membeli megikut keperluan
bukan mengikut nafsu
membazir amalan syaitan
renung2kan..
dah selamat beramal.
SELAMAT BERPUASE dan BERIBADAH




Monday, August 9, 2010

MeMbaYar FidYah

...Bayar Fidyah Cepat...


.....hai bloggers semua.....
Disebabkan lagi satu hari je lagi kite nak menyambut bulan Ramadhan
aku nak post sumthing yang memberi manfaat la kat korang sempena bulan mulia ni
Bila sampai bulan puase semua orang dah pikir
"nak pakai baju raye wane ape ek tahun ni??"
"kalo g raye nanti mesti dapat duit raye"
"nanti bukak pose mesti mak massk sedap2"
TAPI korang ingat x bape banyak pose yang korang x ganti lagi?????
soaln cepumas..hehe
so, pade sesiapa yang x ganti pose lg kenala bayar fidyah yek
kat sini ade cara2 cm ne nak kire berapa cupak beras yang korang kena sedekah kat fakir miskin
tapi sekarang dah senang
korang pg je kat kaunter kat majlis agama ckp nk byr fidyah
nanti die suh isi form then korang kena kirala bape korang kena byr
then duit tu diorg akan beli kn beras dah sedekah kat fakir miskin
sumber ini dari Majlis Agama Islam Johor
majlis agama negeri lain tak tahula sistem diorang cmne
tapi rasenye semua majlis agama sama kot
ni cara nak kire...


Bil
Golongan
Fidyah
1

Orang yang meninggalkan puasa Wajib kerana uzur syar'ie atau sengaja

Wajib qada' sebelum datangnya Ramadan akan datang, sekiranya masih belum di Qada' maka dikenakan fidyah
2

Uzur tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa.

Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu meng-qadha puasanya.

3

Ibu hamil atau menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan:

1. Kandungannya terjejas
2. Air susunya kering
3. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya

Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka berpuasa kerana dirinya dikenakan fidyah berganda WAJIB qadha sebelum ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.


Kadar fidyah bagi tahun 1429H ialah RM 1.25 sehari.
Pengiraan Fidyah (beras)
1 gantang Baqdad = 2.7kg
1 cupak beras = 675gram

atau bersamaan dengan RM 1.25 bagi sehari yang ditinggalkan

Pengiraan Fidyah

Kaedah 1

Contoh: Sekiranya seseorang telah meninggalkan puasa selama 10 hari pada tahun 2005, pengiraannya seperti berikut:

2005
20061+} 6
20072+
20083
Jumlah6

6 x RM5.00 (fitrah semasa) x 10 hari (tinggal puasa)
--------------------------------------------------------------------------------------
4 ( nilai mud / cupak )

= RM 75.00

Kaedah 2

Contoh :
Seseorang meninggalkan puasa selama 10 hari tetapi sudah bertahun-tahun dan tidak mengetahui tahun bila ditinggalkan puasanya itu, Pengiraannya seperti berikut:

3 ( ulama bersepakat) x RM 5.00 (fitrah semasa ) x 10 hari (tinggal puasa)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4 { nilai mud / cupak )

=RM 37.50




**Selamat Membayar Fidyah Kawan2**

Saturday, August 7, 2010

How To maKe Pizza like a Pizza Hut.....=p

Pizza..Nyum..Nyum..

.....Hari sabtu cam gini bosan kalo x buat pape..
......kebetulan all my friends sume xde..
....so tinggalla sorang-sorang kat bilik ni.....
...duk bosan cam gini teringat lak kat blueberry tart yang aku beli ari tu...
....sgt sedap...lg sedap kalo aku pandai buat sendiri..haha....
...search kat intenet, jumpala satu blog ni yang best.....
..macam-macam resepi kat blog ni akak tu aja..
..ckp je nak masak ape...
...memandangkan aku pun x pandai masak..hehe..aku pun copy la resepi die...
..so sape-sape nak masak pape ke tapi tak tahu camne leh lah g blog akak yatie ni....
..bukan nk promote pape pun tapi just nak share blog akak ni je..

ni resepi-respi akak yatie ni yang sempat aku tgk....


Pizza Supreme




Bahan-bahan.

* 200 gm tepung roti(saya guna 2 cwn)
* 1 sudu gula
* sedikit garam
* 1 sudu kecil yis
* 125 ml air>> tuang air sedikit-sedikit hingga jadi doh..
* 1 sudu butter - (saya guna 1 sb minyak zaitun dan 1 sb shortening)
* 1 sudu susu tepung
* 2 ulas bwng putih, cincang halus

* topping- keju mozarella, sosej, udang, mayonis, sos tomato, sos cili, parsley kering, black pepper, cendawan butang.


Cara-cara

1. Bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit, tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
2. Canai doh tersebut setebal 0.5 cm, cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit. *tak bakar pun takpe....
3. Sapu kulit piza dengan mayonis, kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato,ratakan sos
keseluruh bahagian. Tabur sosej,cendawan n udang yang di hiris kecil2 atau apa saja inti pilihan
di atas kulit pizza. Taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
4. Masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan
panas-panas!

**Kalau tak bakar doh pizza dahulu...masa masak sebenar adalah 20 minit



Blueberry Cheese Tart



Bahan-Bahan Pastri

250g butter
125 gm gula aising
1 biji telur
440g tepung gandum
2 sb susu tepung
1 sk vanilla
sedikit garam

Filling

250g Philadelphia cream cheese
60g gula aising
20g butter
25g whipping cream
1 biji telur
1 sk jus lemon
1 sb tepung gandum

Blueberry filling
secukupnya.

Cara-cara

  1. Untuk menyediakan pastri : Pkl butter dan gula sehingga sebati. Masukkan telur, garam dan vanilla.Masukkan tepung dan susu tepung.Uli guna tangan saja.Setelah sebati boleh di canai dan terap.
  2. Bentukkan doh menggunakan acuan tart yang comel2. Setelah itu bakarkan pastri di dalam oven selama 15-20 min dengan kepanasan 180 darjah celcius. Setelah masak keluarkan dari oven.Setelah sejuk baru keluarkan dari acuan tart.
  3. Untuk menyediakan cream cheese : Pukul cream cheese, butter & gula dalam satu bekas.Masukkan pula telur, jus lemon dan tpng gandum. Pukulkan kesemua bahan-bahan ini sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan cream cheese ini ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam doh tart yg sudah di bakar tadi.
  5. Masukkan sedikit adunan cream cheese kedalam pastri, setelah itu masukkan jem blueberry & akhir sekali litupi lapisan blueberry itu dengan adunan cream cheese. Buat kepada kesemua pastri tadi & setelah itu bakar di dalam oven selama 10 min dengan kepanasan 180 darjah celcius.
  6. Setelah tart masak kelurkan dari oven, dan sejukkan. Setelah itu bolehlah dihidangkan.


Ayam Goreng Ala2 KFC




Bahan Untuk Perap Ayam

6-8 ketul ayam (saya guna 1 ekor-dipotong 12)3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung

1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras
3 ulas bawang putih ditumbuk(saya guna garlic powder)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa
=> 2 biji telur(dikocok2 je)

Cara-cara

  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.(saya goreng dengan minyak yg banyak dlm periuk)
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

.......Selamat Mencuba Kwn2...
















Tuesday, August 3, 2010

MisH my AfiQ...

Mish my Afiq....

Petang-petang baru balik lab..
aku pun bukak laptop tgk-tgk WiFi utm ni laju plak ari ni...
1st skali aku buat bukak SL la atau pun name panjang die sorority life....
main2 jap..jwb komen kat fb ni..tibe2 aku tgk fon aku..
ade 2 misssed call la... dari mak..
rindunye mak...aku pun missed call la balik..
kredit x banyak kn...mak aku call balik.....
dapat dgr sore mak rasa cam sume masalah pun hilang........
tgh syok bebual ngan mak..aku terdgr sore bising-bising kat belakang....
cam kenal je sore jerit-jerit tu...
......
.....
........
..............

AFIQ!!
aku pun mx mak pass fon tu kat afiq..
bile pass je perkara pertama yg anak buah kesayangan aku ni cakap..
mak cik anoi....afiq nak duit emas 10 tau..nak banyak-banyak...xnk McD
hahahahaha...x sempat lg aku nak cakap ape2, die dah ckp...
duit emas tu bukan la duit tapi cokelat yang bentuk duit syiling..
tu memang fav die...
so..aku x sampai ati..aku pun cakapla..

ok..nanti cik anoi balik minggu ni, cik anoi belikan eh..

die trus pas balik fon tu kat mak aku..
die jerit lagi dari jauh..

afiq nak duit emas sepuluh tau...

haha yela-yela... aku gelak sorang2...
tak sabar nak tunggu this weekend nak balik umah yg dah lame menunggu tu..

sabar eh afiq..nanti cik anoi balik...





My cute afiq...