KaLo SuDi FolloW La SaYe.. TheN INSYAALLAH i Will fOllow U bAcK..=p

Friday, December 23, 2011

Kenapa kanak-kanak sekarang lain dengan kanak-kanak dahulu?

kenapa ye kanak-kanak sekarang berbeza dengan kanak-kanak dahulu??
kalau kita tengok pun memang ada lainnya..
time zaman aku budak..time zaman abang aku budak lain dengan zaman budak sekarang..

jom tengok apa yang lainnya...

DAHULU

kalau zaman kita dulu mesti tunggu waktu petang
sebab waktu petanglah kawan keluar ramai-ramai nak main
kita pun joinla sekali main..
tapi kadang-kadang bukan petang je..
tengah hari buta pun kita main..
punyala syok dulu main ramai-ramai..

selalu kalau budak perempuan mesti main lompat-lompat getah..
takpun main lubang tikus..teng-teng ke..
tak tahula korang kenal ke tak permainan ni..

tapi yang paling best main hantu galah, baling selipar ngan besbol
amik kayu pukul bola tenis lari satu pusingan
serius seronok main ramai-ramai..
rasa macam taknak balik rumah je..

Gambar: Syok kan main teng-teng cam gini ramai-ramai


TAPI SEKARANG

susah sangat rasanya aku nak tengok dah sekarang budak-budak nak main kat lua petang-petang
kalau ada pun budak-budak laki main bola atau futsal
nak main lompat-lompat getah ke..hantu galah ke..
besbol ke memang payah da nak jumpa...
diorang ni duk umah main playstation je
takpun lagi canggih main ipad..
budak-budak sekarang kan...


Gambar: even yang kecik baru 2 3 tahun pun dah pandai main ipad da..hehe




DAHULU

kalau tengok fesyen dahulu dengan sekarang memang berbeza
kalau dulu budak perempuan pakai baju kembang je..
tak pun pakai baju pun selebet je..
sama dengan budak laki..
kita dulu sibuk main je..mana ada masa nak pikir baju aku cantik tak
baju aku branded tak...takda masa pun nak pikir tu semua
yang kita pikir main...main..main..

TAPI SEKARANG

cuba tengok budak-budak sekarang..
baju diorang memang kalah kita..
nak pakai yang cantik je
yang ikut trend je..
dan kadang-kadang nak yang branded je..
kalau dulu kita boleh je pakai baju yang sehelai harga sembilan hinggit sembilan puluh sen tu
budak sekarang mana lah nak..
silap-silap buat kain buruk je..



Gambar: Kecik-kecik dah jadi model..kalah madonna..=)



DAHULU

kalau dulu kita nak telefon kawan-kawan, takdapat telefon rumah,
gunalah public phone..
cari duit syiling semata-mata nak pergi telefon kawan




TAPI SEKARANG

nak cari public phone pun dah susah..
sebabnya semua orang dah ada handphone..
budak darjah 1 pun da pandai pakai handphone dah..
cubala tengok kalau raya ke kenduri ke..
kalau kita dulu, jumpa sedara, jumpa kawan main kat depan rumah
tapi budak sekarang sedara pun tak kenal agaknya
sebab sibuk duk tekan handphone kat tangan

handphone canggih lak tu.. iphone, touch pad tu punya handphone
tak main lah pakai handphone nokia yang besar gedabak tu da
semua nak yang nipis-nipis..

DAHULU

kalau dulu bila dapat no 1 je atau dapat keputusan 5a ke upsr
family mesti bawak kua makan, sebagai hadiah
takpun paling hebat pun dapatlah basikal ke


TAPI SEKARANG

bila dapat je keputusan baik, hadiah dia mesti
handphone canggih
ipad
Playstation
laptop
kamera dslr
canggih betul budak-budak sekarang
dulu kita tak pandai pun nak mintak-mintak benda camni..


Gambar: Dulu-dulu ipad ni jela yang ada...hehe


DAHULU


dulu kita time kecik-kecik ni mana la ada perasaan sangat nak bercinta-cinta ni
tengok muka masing-masing semua takde selera
sebabnya memang tak terpikir pun semua tu


TAPI SEKARANG


budak-budaknya advance..da pandai dah main-main mata
bercouple-couple lak...
pastu dating kat shoping mall..
baru setahun jagung..
baru darjah 5, 6 da pandai da jalan-jalan dating
macam-macam...



kalau tengok dahulu dengan sekarang memang lain sebab zaman pun dah lain
tak kesah la kita ni budak zaman mana pun tapi yang penting
buat apa pun mesti ada batasan dia
tak salah pun hidup kat zaman dunia canggih ni
tapi sekurang-kurangnya kita pandailah beza mana buruk mana ok
ye adik-adik..

jom kita main hantu galah ramai-ramai..hehe
adios..amigos....=)











4 comments:

  1. Dapatkan memori 50GB kapasiti simpanan foto, muzik, video dan apa sahaja untuk telefon anda secara percuma hari ini tanpa sebarang bayaran dari Gombug.net! Sebelum 31 Dec 2012 - http://adf.ly/4O5uz

    ReplyDelete
  2. anak2 skrg terkurung disebalik jeriji besi.anak saya pun dah pandai merungut 'umie balik awal sikit boleh tak esok?sbb abang dapat gi taman kejap je dah nak malam..'so sad :(

    ReplyDelete
  3. irfa: hehe tula..bukan xnk bagi main kat lua..tapi situasi sekarang ni yang kadang-kadang bahaya....

    murni: cute kn....

    ReplyDelete