Tuesday, February 9, 2016

Halatuju Selepas SPM

Assalamualaikum and good day readers,


Sekarang ni adalah musim dimana adik-adik yang baru sahaja selesai peperiksaan SPM giat mencari halatuju masing-masing. Apakah pilihan anda? Ingin sambung belajar atau terus bekerja? 


Jika ingin menyambung pelajaran, adik-adik da tahu ke dimana dan kos ape yg bakal adik ambil. 
Sis akan cuba bantu adik-adik yang mungkin kurang tahu atau buntu untuk sambung belajar dimana dan apakah pilihan kos nya.

Di Malaysia, ada pelbagai pilihan dan peluang. Jika adik seorang yang bijak dan genius, melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah antara pilihan. tapi perlu diingatkan, zaman ekonomi yang tidak stabil ini kemungkinan peluang itu adalah tipis. Pelbagai pilihan yang ada iaitu IPTA, IPTS dan program matrikulasi. 

Kebanyakan IPTA dan IPTS ada menawarkan program diploma dan sarjana muda. Tapi bagi program sarjana muda, ia memerlukan keputusan yang cemerlang. Bagi program diploma, kebanyakan kos adalah selama 3 tahun. Pilihan IPTA atau IPTS adalah terpulang kepada adik-adik. Tapi nasihat sis, dahulukan IPTA. Jika tiada peluang ke IPTA, barula memilih IPTS. Pilihlah IPTS yang berkualiti dan tidak menipu pelajar. adik-adik diminta untuk lebih berhati-hati dengan pelbagai tawaran dari IPTS. Sis nasihatkan sebelum terima tawaran di mana-mana IPTS siasatla IPTS tersebut. Pilihla IPTS yang sudah established atau dikenali. 

Selain IPTA dan IPTS, program matrikulasi juga popular di kalangan lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran. Program matrikulasi ini termasuklah program KPT dan juga sesetengah universiti seperti UM (PASUM), UIA dan UiTM. Untuk program matrikulasi di bwh KPT, pelajar boleh memilih beberapa aliran seperti aliran penuh dimana ada matapelajaran Biologi, Kimia dan Fizik. Bagi aliran ini, pelajar akan mempunyai peluang untuk memilih sama ada aliran sains atau kejuruteraan setelah tamat matrikulasi. Ada juga aliran yang hanya fokus pada biologi sahaja dan ada yang hanya fokus kepada Fizik atau kejuruteraan. Akaun dan aliran Sains komputer juga ada ditawarkan di matrikulasi. Matrikulasi adalah tempat pembelajaran yang agak "tough" bagi sesetengah pelajar. Sis nasihatkan supaya adik-adik fokus jika ingin mendapat tempat di universiti selepas matrikulasi. Jika pointer adik tidak memuaskan, adik-adik akan dilelong memasuki apa-apa sahaja jurusan atau kos di universiti. Kemungkinan adik tidak akan dapat tempat dan kos seperti yang adik pohon.  Matrikulasi hanya mengambil masa setahun atau 2 tahun jika dibandingkan dengan program diploma. Tetapi diingatkan, matrikulasi tidak akan memberi apa-apa sijil seperti program yang lain. Ia hanyala landasan untuk adik-adik bagi melanjutkan ke peringkat universiti kelak.

Bagi adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran ke diploma dan sijil, Politeknik adalah salah satu tempat yang boleh dijadikan pilihan. pelbagai kos ada ditawarkan. Setelah tamat politeknik, adik-adik boleh meneruskan ke peringkat sarjana muda jika berkesempatan. 

Kolej kemahiran adalah antara kolej yang menawarkan pembelajaran kemahiran dari pelbagai bidang seperti jahitan, masakan, pertukangan, perkapalan dan sebagainya. Kolej Kemahiran adalah tempat yang bagus bagi adik-adik yang mahukan kemahiran sebagai kerjaya suatu hari nanti.


Diharapkan penulisan ini mebantu adik-adik untuk membuat keputusan. Sis nasihatkan adik-adik memilih tempat dan bidang masing-masing mengikut kemampuan dan bukan mengikut tahap kepopularan sesuatu bidang itu. Kerana menimba ilmu di peringkat lebih tinggi adalah lebin mencabar dan memerlukan sumber kewangan yang tinggi. Berfikirlah apa matlamat adik-adik dan apa yang adik ingin lakukan dalam masa 6 7 tahun akan datang. Zaman sekarang adalah zaman dimana adik-adik perlu kuat kerana faktor peluang pekerjaan yang semakin susah dan mencabar, Sis doakan adik-adik di luar sana sentiasa berjaya tidak kira apa pun bidang yang adik-adik ceburi, sama ada sambung belajar mahupun bekerja. 



ok daaa......

No comments:

Post a Comment