Wednesday, July 11, 2012

Tenaga Pengajar Muda UiTM 2012 (TPM)

Assalamualaikum readers..

Today, saya nak review and nak bagitahu sikit pasal Tenaga Pengajar Muda ni. Rasanya ramai kot dah tahu pasal ni. Mungkin ramai yang tunggu bilalah tawaran ni nak bukak. for your information, esok (12/7/2012) TPM ini akan dibuka.Tapi aku pun tak sure pasal ni sebab tadi ada iklan dia, bila nak bukak tak boleh pulak, tapi korang bersedia jela k. Mungkin diorang tengah update kot. So, sesiapa yang nak apply boleh cepat-cepat isi ok. Rasanya lagi ok diorang buat laman web macam ni sebab pemilihan akan lebih tersusun and cepat.

Kalau sesiapa tak tahu pasal TPM ni, sebenarnya TPM ni bagi peluang kat anda-anda semua untuk sambung belajar Master or PhD. kiranya semua perbelanjaan belajar korang akan ditanggung dengan syaratnya selepas habis belajar korang akan jadi lecturer di UiTM dan kena tanda tangani kontrak selama 10 tahun kalau tak silap. Korang bolehlah tengak bidang-bidang apa yang UiTM tawarkan. Kalau korang lepas sesi temuduga dia, tempat sambung belajar terpulang kepada korang nak pilih. Tapi this year yang sedihnya, sesiapa yang dah pun mula sambung belajar untuk Master dan Phd tidak layak memohon. Kiranya, ni untuk sesiapa yang tidak sambung belajar lagi tapi berniat nak sambunglah.Tak berpeluangla aku.. Pape pun gudluck kepada yang memohon ye..

Nak memohon klik sini TPM dan baca manual dia ok..
update: tarikh tutup 25/7/2012, cgpa minimum: 3.00

Tuesday, July 10, 2012

Sambung Belajar atau Bekerja?

Assalamualaikum readers...

Post kali ni aku nak bercerita sikit pasal sambung belajar atau bekerja?  Ramai rasanya yang tak berapa nak pasti nak sambung belajar atau pun terus bekerja lepas habis diploma atau ijazah atau pun sewaktu dengannyalah... Sebenarnya nak sambung belajar ni atau bekerja bergantung pada diri masing-masing. So aku cerita ni berdasarkan pada pengalaman aku sendiri. Mungkin ada beberapa sebab kenapa kita nak sambung belajar dari bekerja. Antara mungkin sebab-sebab dia:

1) Mungkin korang dah ada target sendiri. Contohnya memang korang dari lepas SPM lagi memang dah target nak sambung belajar sampai PhD, Master, Ijazah dan sebagainya. Kiranya korang memang da ada tujuanlah untuk sambung belajar and capai cita-cita korang.

2) Mungkin korang rasa korang tak bersedia lagi nak bekerja.Mungkin golongan ni ramai kot termasukla aku..hehe..Mungkin belum tiba masanya korang nak rasa hidup bekerja, korang pun sambungla belajar.

3) Ikut kawan-kawan.Ada gak sesetangah dari kita nak sambung belajar sebab tengok kawan-kawan sambung belajar. Mungkin seronok kot bila ramai-ramai belajar sama-sama and graduate pun sama-sama.Dan ada gak sebab family yang suruh..

4) Rasanya alasan yang paling selalu kita dengar, sambung belajar sebab nak jadi pensyarah..sekarang nak jadi pensyarah paling kurang pun perlukan Master..Ijazah pun boleh jugak tapi mesti kena sambung belajar jugak nanti.

Dan ini pulak mungkin antara sebab-sebab kenapa ada sesetengah yang memilih untuk bekerja:

1) Rasa dah penat belajar. Mungkin sebab dah terlalu lama belajar otak kita pun da tepu. Dan mungkin da tiba masa cari pengalaman nak bekerja pulak.

2) Dah terfikir-fikir pasal gaji.Kalau da kerja dah boleh dapat gaji. Bolehlah nak beli kereta ke..rumah ke..kahwen ke...=). and boleh jugak bantu family.

3) Masalah kewangan. Mungkin jugak ada sesetengah yang taknak sambung belajar sebab terfikir masalah kewangan. Belajar pun sekarang guna banyak duit..yuran lagi..asrama lagi..makan lagi...

Sebenarnya semuanya ada pro dan kontra die..so..bergantungla pada diri masing-masing. Kalau nak bercakap pasal pengalaman aku, aku rasa ok je sambung belajar. Tapi tengok kawan-kawan yang dah bekerja pun ok je life diorang. Sekarang ni kalau nak sambung belajar dah ada macam-macam bantuan kewangan. Kalau nak sambung ijazah atau diploma tu ada PTPTN, JPA dan MARA. Kalau nak sambung PhD atau Master sekarang ni kerajaan dah bagi bantuan MyBrain.Just apply je. Kalau Master dia akan bayarkan yuran setiap sem kita. Tapi kita tak dapat duit poketla.Kalau PhD, MyBrain akan bagi RM 2300 setiap bulan dan yuran akan dibayarkan sekali. So..tak rugi pun sambung belajar. Tapi tengok kawan-kawan kerja hebat-hebat jeles jugak..hehe. 

Kalau nak sambung Master, sekarang ni Master ade 2 jenis. Master by research or Master by taught course. Kalau Master by taught course ni, kita pergi kelas macam biasa dan ada final exam tapi kalau by research, kena buat researchla. Tapi Master by research ni free jugakla, dia akan busy waktu tertentu je. master by taught course ni jadualnya agak padat jugak. Kalau rasa lepas belajar nak kerja di industri dinasihatkan ambil jela Master by taught course. tapi kalau nak jadi pensyarah ke atau kerja kat R&D Department kat syarikat-syarikat besar, diorang lebih prefer Master by research. Master by research ni seronok jugak sebab dapat pergi conference sana sini, present paper kita. kalau nasib kita baik, kita boleh publish paper. kalau dapat publish paper, peluang nak dapat kerja agak senang jugakla. Nanti kalau korang sambung belajar Master or PhD, korang akan tahula konsep publish paper ni.

So, tu jela yang dapat aku kongsikan. Nak sambung belajar atau bekerja, dua-dua pun ada kelebihan. Pilihan di tangan anda.

Tata for now..