Assalamualaikum readers...
Post kali ni aku nak bercerita sikit pasal sambung belajar atau bekerja? Ramai rasanya yang tak berapa nak pasti nak sambung belajar atau pun terus bekerja lepas habis diploma atau ijazah atau pun sewaktu dengannyalah... Sebenarnya nak sambung belajar ni atau bekerja bergantung pada diri masing-masing. So aku cerita ni berdasarkan pada pengalaman aku sendiri. Mungkin ada beberapa sebab kenapa kita nak sambung belajar dari bekerja. Antara mungkin sebab-sebab dia:
1) Mungkin korang dah ada target sendiri. Contohnya memang korang dari lepas SPM lagi memang dah target nak sambung belajar sampai PhD, Master, Ijazah dan sebagainya. Kiranya korang memang da ada tujuanlah untuk sambung belajar and capai cita-cita korang.
2) Mungkin korang rasa korang tak bersedia lagi nak bekerja.Mungkin golongan ni ramai kot termasukla aku..hehe..Mungkin belum tiba masanya korang nak rasa hidup bekerja, korang pun sambungla belajar.
3) Ikut kawan-kawan.Ada gak sesetangah dari kita nak sambung belajar sebab tengok kawan-kawan sambung belajar. Mungkin seronok kot bila ramai-ramai belajar sama-sama and graduate pun sama-sama.Dan ada gak sebab family yang suruh..
4) Rasanya alasan yang paling selalu kita dengar, sambung belajar sebab nak jadi pensyarah..sekarang nak jadi pensyarah paling kurang pun perlukan Master..Ijazah pun boleh jugak tapi mesti kena sambung belajar jugak nanti.
Dan ini pulak mungkin antara sebab-sebab kenapa ada sesetengah yang memilih untuk bekerja:
1) Rasa dah penat belajar. Mungkin sebab dah terlalu lama belajar otak kita pun da tepu. Dan mungkin da tiba masa cari pengalaman nak bekerja pulak.
2) Dah terfikir-fikir pasal gaji.Kalau da kerja dah boleh dapat gaji. Bolehlah nak beli kereta ke..rumah ke..kahwen ke...=). and boleh jugak bantu family.
3) Masalah kewangan. Mungkin jugak ada sesetengah yang taknak sambung belajar sebab terfikir masalah kewangan. Belajar pun sekarang guna banyak duit..yuran lagi..asrama lagi..makan lagi...
Sebenarnya semuanya ada pro dan kontra die..so..bergantungla pada diri masing-masing. Kalau nak bercakap pasal pengalaman aku, aku rasa ok je sambung belajar. Tapi tengok kawan-kawan yang dah bekerja pun ok je life diorang. Sekarang ni kalau nak sambung belajar dah ada macam-macam bantuan kewangan. Kalau nak sambung ijazah atau diploma tu ada PTPTN, JPA dan MARA. Kalau nak sambung PhD atau Master sekarang ni kerajaan dah bagi bantuan MyBrain.Just apply je. Kalau Master dia akan bayarkan yuran setiap sem kita. Tapi kita tak dapat duit poketla.Kalau PhD, MyBrain akan bagi RM 2300 setiap bulan dan yuran akan dibayarkan sekali. So..tak rugi pun sambung belajar. Tapi tengok kawan-kawan kerja hebat-hebat jeles jugak..hehe.
Kalau nak sambung Master, sekarang ni Master ade 2 jenis. Master by research or Master by taught course. Kalau Master by taught course ni, kita pergi kelas macam biasa dan ada final exam tapi kalau by research, kena buat researchla. Tapi Master by research ni free jugakla, dia akan busy waktu tertentu je. master by taught course ni jadualnya agak padat jugak. Kalau rasa lepas belajar nak kerja di industri dinasihatkan ambil jela Master by taught course. tapi kalau nak jadi pensyarah ke atau kerja kat R&D Department kat syarikat-syarikat besar, diorang lebih prefer Master by research. Master by research ni seronok jugak sebab dapat pergi conference sana sini, present paper kita. kalau nasib kita baik, kita boleh publish paper. kalau dapat publish paper, peluang nak dapat kerja agak senang jugakla. Nanti kalau korang sambung belajar Master or PhD, korang akan tahula konsep publish paper ni.
So, tu jela yang dapat aku kongsikan. Nak sambung belajar atau bekerja, dua-dua pun ada kelebihan. Pilihan di tangan anda.
Tata for now..