Saturday, November 23, 2019

Cabaran Bekerja sambil Belajar

Assalamualaikum readers,

Kembali menulis setelah sekian lama menyepi. Semangat menulis datang balik sebab terbaca balik post pasal sambung belajar atau bekerja?  tahun 2012 yg lepas. Sis dapat banyak soalan dari readers di luar mengenai delima ingin sambung belajar atau bekerja. Readers boleh je tanya soalan di ruangan komen, Inshallah mana yg dapat sis bantu, sis akan jawab.

Since situasi sis sekarang adalah bekerja sambil belajar, so sis cuba menulis apa yang sis lalui, apa cabarannya dan apa yang sis cuba buat untuk lalui. Honestly, its not easy. Terus terang sis bagitahu dekat reader BEKERJA sambil BELAJAR tidak mudah. Sedikit background pasal sis, currently, I'm doing my PhD sambil bekerja seperti biasa. Keputusan untuk sambung belajar sambil bekerja diambil bukanla sesuatu keputusan yang dibuat dengan mudah. Sebelum sis bersetuju atau mengambil peluang yang datang, sis berbincang dan berfikir sedalam-dalamnya bersama suami dan keluarga.

Antara apa yang sis buat semasa berfikir ingin menyambung atau tidak:

1) Listkan pro and cons, apa yang akan jadi jika kita sambung belajar sambil bekerja 

2) Berbincang bersama suami/isteri dan keluarga. Support dari keluarga amatla penting dalam jatuh bangun kita nanti semasa menempuh waktu-waktu yang sukar semasa belajar. Selain itu, suami/isteri perlu faham situasi. Tolak ansur amatla penting semasa sambung belajar sambil bekerja terutama bagi yang sudah berkeluarga.
3) Mintak petunjuk dari Allah. Sis selalu doa jika betul keputusan ini maka tenangkanla jiwa, permudahkan segalanya. Jika bukan maka berila petunjuk. Inshaallah Allah lebih tahu apa yang terbaik.
4) Tanya pendapat rakan-rakan yang sedang atau sudah menyambung belajar sambil bekerja. Pendapat mereka akan amat membantu.

Setelah sis buat perkara-perkara diatas, akhirnya dengan izin Allah, sis grab this opportunity and now i'm in 2nd year of my PhD. Sis boleh cakap memang bukan mudah. Kadang-kadang sis rasa penatnya Allah sahaja yang tahu.  Memang mencabar. Air mata dan diri berpisah tiada =). Antara cabaran yang dilalui:

1) Kepenatan dan Stress. Memang tak dinafikan sis memang penat dan stress. Kerja pun kena buat, belajar pun kena hadap, tanggungjawab sebagai isteri dan anak juga perlu dilaksanakan. 
2) Masa yang nampak macam pendek je. Memang hari-hari bila sibuk, masa tak cukup, kadang-kadang terpaksa bersengkang mata untuk buat keje dan belajar. Lebih-lebih lagi waktu submission ataupun update. 
3) Cepat panik dan risau. Sis memang jenis yang cepat risau. bila da start risau die akan jadi makan pun xde selera. 
4) Otak tepu. Kadang-kadang bila kita terlampau banyak berfikir, otak akan start jadi tepu and hang. kita rasa blur sekejap. 


Sis takkan tipu kata semuanya indah, tapi itula hakikatnya, tidak semudah yang kita sangka da fikir. Tapi apa yang sis buat untuk lalui:

1) Sentiasa tanam niat dalam diri, untuk sape kite buat semua ni. Kerana Allah, kerana ingin membantu ummah. Inshallah, kalau ada benda dalam hati kite, Allah sentiasa bantu. Benda ni sis tak tipu. Sis jenis cepat risau dan akan cepat panik. Tapi tiap kali sis doa dan ingat niat sis Allah sentiasa bantu dengan mudahkan urusan. Alhamdullilah. Benda ni pun sis selalu amalkan bila kite rasa kite terlalu merendah diri, berfikir kita tidak setanding orang lain and down. Inshaallah, automatik, hati kita dirawat.

2) Semangat dari suami dan keluarga, Cerita dengan mereka masalah kita. Jangan memendam rasa. Kalau kita tak larat, kita penat, bagitahu suami/isteri, minta mereka faham. Inshaallah mereka akan bantu kita sehabis baik. sis selalu minta En suami untuk bagi kata-kata semangat tiap kali sis down. Kalau kepenatan, memang En suami yang akan bantu selesaikan kerja rumah dan benda-benda lain. 
3) Berhenti berfikir, bekerja dan belajar sementara. Take a break. Buatla apa yang kita suka. Contohnya, pergi bercuti, shopping ke. Waktu tu jangan langsung fikir pasal kerja mahu pun belajar.
4) Buat jadual. Sis akan listkan semua kerja dan belajar mengikut priority. Yang mana paling penting sis akan buat dulu. 
5) Belajar untuk berkorban. Yang ni sis memang kadang-kadang pun susah nk buat. Kalau dulu masa kite mungkin banyak tapi sekarang kita kena berkorban untuk bahagikan masa kita. Contoh, Kalau dulu kita boleh tido sepuas hati, tetapi mungkin sekarang kita perlu korbankan waktu tidur. 
6) Yang paling akhir, sentiasa ingat rezeki itu Allah yang beri, bukan manusia. Bila kita down, bila kita xde idea nak menulis thesis, bile kita penat bekerja, bile kita risau viva/presentation kita, kita mungkin akan tertekan. TAPI..jangan terlampau memaksa diri, Bila kita da buat sehabik baik, buatla apa yang termampu. Percaya dengan rezeki Allah. Bila da berusaha, tawakal kepada Allah. 


Setakat ni itula yang sis buat. Doakan sis dapat harungi sehingga ke penghujungnya. Sis doakan readers yang seperti sis jua bertabah dan meneruskan dengan semangat. Bagi yang baru nak berfikir, berfikirla seeloknya. Apa pun keputusan kita, itula yang terbaik untuk kita. Sis selalu percaya, ilmu itu ada dimana-mana, tidak kira sambung belajar atau tidak, kita masih boleh berjaya. Good luck!