Saturday, November 23, 2019
Cabaran Bekerja sambil Belajar
Kembali menulis setelah sekian lama menyepi. Semangat menulis datang balik sebab terbaca balik post pasal sambung belajar atau bekerja? tahun 2012 yg lepas. Sis dapat banyak soalan dari readers di luar mengenai delima ingin sambung belajar atau bekerja. Readers boleh je tanya soalan di ruangan komen, Inshallah mana yg dapat sis bantu, sis akan jawab.
Since situasi sis sekarang adalah bekerja sambil belajar, so sis cuba menulis apa yang sis lalui, apa cabarannya dan apa yang sis cuba buat untuk lalui. Honestly, its not easy. Terus terang sis bagitahu dekat reader BEKERJA sambil BELAJAR tidak mudah. Sedikit background pasal sis, currently, I'm doing my PhD sambil bekerja seperti biasa. Keputusan untuk sambung belajar sambil bekerja diambil bukanla sesuatu keputusan yang dibuat dengan mudah. Sebelum sis bersetuju atau mengambil peluang yang datang, sis berbincang dan berfikir sedalam-dalamnya bersama suami dan keluarga.
Antara apa yang sis buat semasa berfikir ingin menyambung atau tidak:
1) Listkan pro and cons, apa yang akan jadi jika kita sambung belajar sambil bekerja
2) Berbincang bersama suami/isteri dan keluarga. Support dari keluarga amatla penting dalam jatuh bangun kita nanti semasa menempuh waktu-waktu yang sukar semasa belajar. Selain itu, suami/isteri perlu faham situasi. Tolak ansur amatla penting semasa sambung belajar sambil bekerja terutama bagi yang sudah berkeluarga.
3) Mintak petunjuk dari Allah. Sis selalu doa jika betul keputusan ini maka tenangkanla jiwa, permudahkan segalanya. Jika bukan maka berila petunjuk. Inshaallah Allah lebih tahu apa yang terbaik.
4) Tanya pendapat rakan-rakan yang sedang atau sudah menyambung belajar sambil bekerja. Pendapat mereka akan amat membantu.
Setelah sis buat perkara-perkara diatas, akhirnya dengan izin Allah, sis grab this opportunity and now i'm in 2nd year of my PhD. Sis boleh cakap memang bukan mudah. Kadang-kadang sis rasa penatnya Allah sahaja yang tahu. Memang mencabar. Air mata dan diri berpisah tiada =). Antara cabaran yang dilalui:
1) Kepenatan dan Stress. Memang tak dinafikan sis memang penat dan stress. Kerja pun kena buat, belajar pun kena hadap, tanggungjawab sebagai isteri dan anak juga perlu dilaksanakan.
2) Masa yang nampak macam pendek je. Memang hari-hari bila sibuk, masa tak cukup, kadang-kadang terpaksa bersengkang mata untuk buat keje dan belajar. Lebih-lebih lagi waktu submission ataupun update.
3) Cepat panik dan risau. Sis memang jenis yang cepat risau. bila da start risau die akan jadi makan pun xde selera.
4) Otak tepu. Kadang-kadang bila kita terlampau banyak berfikir, otak akan start jadi tepu and hang. kita rasa blur sekejap.
Sis takkan tipu kata semuanya indah, tapi itula hakikatnya, tidak semudah yang kita sangka da fikir. Tapi apa yang sis buat untuk lalui:
1) Sentiasa tanam niat dalam diri, untuk sape kite buat semua ni. Kerana Allah, kerana ingin membantu ummah. Inshallah, kalau ada benda dalam hati kite, Allah sentiasa bantu. Benda ni sis tak tipu. Sis jenis cepat risau dan akan cepat panik. Tapi tiap kali sis doa dan ingat niat sis Allah sentiasa bantu dengan mudahkan urusan. Alhamdullilah. Benda ni pun sis selalu amalkan bila kite rasa kite terlalu merendah diri, berfikir kita tidak setanding orang lain and down. Inshaallah, automatik, hati kita dirawat.
2) Semangat dari suami dan keluarga, Cerita dengan mereka masalah kita. Jangan memendam rasa. Kalau kita tak larat, kita penat, bagitahu suami/isteri, minta mereka faham. Inshaallah mereka akan bantu kita sehabis baik. sis selalu minta En suami untuk bagi kata-kata semangat tiap kali sis down. Kalau kepenatan, memang En suami yang akan bantu selesaikan kerja rumah dan benda-benda lain.
3) Berhenti berfikir, bekerja dan belajar sementara. Take a break. Buatla apa yang kita suka. Contohnya, pergi bercuti, shopping ke. Waktu tu jangan langsung fikir pasal kerja mahu pun belajar.
4) Buat jadual. Sis akan listkan semua kerja dan belajar mengikut priority. Yang mana paling penting sis akan buat dulu.
5) Belajar untuk berkorban. Yang ni sis memang kadang-kadang pun susah nk buat. Kalau dulu masa kite mungkin banyak tapi sekarang kita kena berkorban untuk bahagikan masa kita. Contoh, Kalau dulu kita boleh tido sepuas hati, tetapi mungkin sekarang kita perlu korbankan waktu tidur.
6) Yang paling akhir, sentiasa ingat rezeki itu Allah yang beri, bukan manusia. Bila kita down, bila kita xde idea nak menulis thesis, bile kita penat bekerja, bile kita risau viva/presentation kita, kita mungkin akan tertekan. TAPI..jangan terlampau memaksa diri, Bila kita da buat sehabik baik, buatla apa yang termampu. Percaya dengan rezeki Allah. Bila da berusaha, tawakal kepada Allah.
Setakat ni itula yang sis buat. Doakan sis dapat harungi sehingga ke penghujungnya. Sis doakan readers yang seperti sis jua bertabah dan meneruskan dengan semangat. Bagi yang baru nak berfikir, berfikirla seeloknya. Apa pun keputusan kita, itula yang terbaik untuk kita. Sis selalu percaya, ilmu itu ada dimana-mana, tidak kira sambung belajar atau tidak, kita masih boleh berjaya. Good luck!
Tuesday, February 9, 2016
Halatuju Selepas SPM
ok daaa......
Wednesday, July 11, 2012
Tenaga Pengajar Muda UiTM 2012 (TPM)
update: tarikh tutup 25/7/2012, cgpa minimum: 3.00
Tuesday, July 10, 2012
Sambung Belajar atau Bekerja?

Friday, December 23, 2011
Kenapa kanak-kanak sekarang lain dengan kanak-kanak dahulu?
Friday, July 15, 2011
Kenapa gaduh-gaduh ni baby?
Wednesday, July 13, 2011
Kenapa kau bergaya macam tu?
rasanya dah berkurun aku tak update blog.nak kata takda masa banyak je masa
tapi mungkin tahap kemalasan aku yang melampau sejak menjak habis study ni
so...aku nak update blog aku ni dengan tajuk yang mungkin sedang hangat diperkatakan..
pasal TUDUNG
bila sebut pasal TUDUNG akan timbullah pelbagai isu-isu yang sensitif yang nak dipersoal dan diperkatakan
ayat aku dah jadi skema..aku tertarik nak cerita pasal isu ni sebab aku terbaca satu artikel ni kat
Majalah NUR keluaran Julai baru-baru ni..
Bila baca artikel ni memang rasa sekarang ni dunia dah semakin tua..
berbalik pada cerita tajuk kita hari ni
"KENAPA KAU BERGAYA MACAM TU?"

Rasa-rasanya kenapa kau bergaya macam tu??
kalau sebut bab bergaya ni..waktu sekarang ni macam-macam fesyen dah yang ada
tepulang kat kita sahaja nak bergaya semacam mana..
tapi apa pun fesyen yang kita gayakan akan ada batasannya..
so aku petik kata-kata dalam artikel ni yang ditulis oleh
Pn Yasmin Siddik
mengenai fesyen muslimah sekarang.
Pn Yasmin Siddik ni memang popular...
Dulu dia pernah datang UTM bagi talk..
Serius best..
Antara kata-kata dia:
"Menutup kepala bermula dengan menutup rambut, telinga, leher dan dada
sehingga payu dara dan apa sahaja cara ikatan tudung yang digunakan, janganlah
sampai ia membuat wajah kita kelihatan luarbiasa dan menarik perhatian orang"
"Ikatan tudung dengan fesyen bonggol merupakan trend terkini namun tidak ramai
tahu akan sejarah tudung yang diikat dengan sanggul tinggi merupai bonggol unta.
Wanita jahiliah sebelum kedatangan Islam membuat sanggul tinggi
dan meletakkan tudung mereka di belakang badan dengan tujuan menampakkan perhiasan di dada serta bentuk payu dara mereka. Selepas kedatangan Islam, tudung diletakkan di depan dan sanggul direndahkan untuk menunjukkan wanita demikian terdidik dengan baik"
"Trend mengayakan tali pinggang dengan seluar tidak salah tetapi tidak boleh digayakan
seperti kaum lelaki dimasukkan ke dalam seluar sehingga menampakkan seluar atau alur punggung"
"Mengikuti perkembangan fesyen tidak salah tetapi biarla bertempat dan
tidak memalukan. rasa malu itu membuatkan seseorang wanita itu lebih istimewa"
Teringat kata-kata ustaz dalam Halaqah Sentuhan Qalbu:
Adakah kita mahu dipandang cantik di dunia,
tetapi dipandang jijik dan hina di sana?? (Akhirat).
so jomlah kita sama-sama jadi muslimah yang istimewa
di mata semua lebih-lebih lagi di mata Allah.Insyaallah....

senang nak tidur
P/S:Kat tempat tinggal aku ni ada 2 orang perempuan
baru je dua hari meninggal pada hari yang sama..
dua-dua ni muda lagi..sorang dalam lingkungan 25 tahun..
yang sorang lagi baru 19 tahun..
dalam usia yang masih muda Allah dah menjemput mereka ni..
kematian kita??
kita sendiri pun tak dapat nak pastikan..
Thursday, February 17, 2011
Kenapa orang boleh mati sebab main game???


Tuesday, February 15, 2011
Kenapa Perempuan Suka Pakai Kasut Tumit Tinggi??


Monday, February 7, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Contest Blog Paling Cantik, Comel Dan Kemas!!
Wednesday, January 5, 2011
Pemenang Contest Lompat Si katak Lompat

Saturday, November 13, 2010
~kids & baby photo contest~
~MehLa BlaJa Buat PanCake~
Pancake Yummy..yummy..
aku x tau kenape pas aku tgk je cite Boys of Flower ade time die masak pancake tu aku terus rase teringin nk mkn pancake..
tgk pancake ni cam sedap je..
sampai meleleh air liur..
aku x pena cube lg..
tp akan dicube..Insyaallah..
jom2 cube..
Bahan:
Cara-cara:
1. Gaul bahan A dan B dalam 2 bekas berasingan
2. Kedua-duanya dah rata/sebati, campur bahan A dan B tadi dalam 1 bekas
3. Gaul bahan tadi. Siap untuk dimasak!
4. Panaskan kuali, sapu mentega sikit.
5. Sendukkan la bahan tadi ke dalam kuali panas. Buatla saiz sebesar/sekecil mana yang suka. Agak-agakla masak macam mana.
5. Dah siap, boleh makan begitu sahaja sebab dah manis. Nak letak jem ke mentega ke madu ke semua boleh. Whipped cream pun boleh.
6. Kalau nak letak siap2 kaya/coklat/jem/peanut butter dalam bancuhan tu pun boleh jugak. Time senduk masuk kat kuali tu, letak la bahan yang digemari. Ataupun ada juga resipi yang letak pisang yang dah dilenyekkan ke dalam bancuhan, gaul sekali. So namanya Pancake Pisang. Bila nak makan nanti, tak perlu cicah-cicah. Semua dah ada kat dalam tu.