Saturday, August 7, 2010

How To maKe Pizza like a Pizza Hut.....=p

Pizza..Nyum..Nyum..

.....Hari sabtu cam gini bosan kalo x buat pape..
......kebetulan all my friends sume xde..
....so tinggalla sorang-sorang kat bilik ni.....
...duk bosan cam gini teringat lak kat blueberry tart yang aku beli ari tu...
....sgt sedap...lg sedap kalo aku pandai buat sendiri..haha....
...search kat intenet, jumpala satu blog ni yang best.....
..macam-macam resepi kat blog ni akak tu aja..
..ckp je nak masak ape...
...memandangkan aku pun x pandai masak..hehe..aku pun copy la resepi die...
..so sape-sape nak masak pape ke tapi tak tahu camne leh lah g blog akak yatie ni....
..bukan nk promote pape pun tapi just nak share blog akak ni je..

ni resepi-respi akak yatie ni yang sempat aku tgk....


Pizza Supreme




Bahan-bahan.

* 200 gm tepung roti(saya guna 2 cwn)
* 1 sudu gula
* sedikit garam
* 1 sudu kecil yis
* 125 ml air>> tuang air sedikit-sedikit hingga jadi doh..
* 1 sudu butter - (saya guna 1 sb minyak zaitun dan 1 sb shortening)
* 1 sudu susu tepung
* 2 ulas bwng putih, cincang halus

* topping- keju mozarella, sosej, udang, mayonis, sos tomato, sos cili, parsley kering, black pepper, cendawan butang.


Cara-cara

1. Bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit, tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
2. Canai doh tersebut setebal 0.5 cm, cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit. *tak bakar pun takpe....
3. Sapu kulit piza dengan mayonis, kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato,ratakan sos
keseluruh bahagian. Tabur sosej,cendawan n udang yang di hiris kecil2 atau apa saja inti pilihan
di atas kulit pizza. Taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
4. Masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan
panas-panas!

**Kalau tak bakar doh pizza dahulu...masa masak sebenar adalah 20 minit



Blueberry Cheese Tart



Bahan-Bahan Pastri

250g butter
125 gm gula aising
1 biji telur
440g tepung gandum
2 sb susu tepung
1 sk vanilla
sedikit garam

Filling

250g Philadelphia cream cheese
60g gula aising
20g butter
25g whipping cream
1 biji telur
1 sk jus lemon
1 sb tepung gandum

Blueberry filling
secukupnya.

Cara-cara

  1. Untuk menyediakan pastri : Pkl butter dan gula sehingga sebati. Masukkan telur, garam dan vanilla.Masukkan tepung dan susu tepung.Uli guna tangan saja.Setelah sebati boleh di canai dan terap.
  2. Bentukkan doh menggunakan acuan tart yang comel2. Setelah itu bakarkan pastri di dalam oven selama 15-20 min dengan kepanasan 180 darjah celcius. Setelah masak keluarkan dari oven.Setelah sejuk baru keluarkan dari acuan tart.
  3. Untuk menyediakan cream cheese : Pukul cream cheese, butter & gula dalam satu bekas.Masukkan pula telur, jus lemon dan tpng gandum. Pukulkan kesemua bahan-bahan ini sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan cream cheese ini ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam doh tart yg sudah di bakar tadi.
  5. Masukkan sedikit adunan cream cheese kedalam pastri, setelah itu masukkan jem blueberry & akhir sekali litupi lapisan blueberry itu dengan adunan cream cheese. Buat kepada kesemua pastri tadi & setelah itu bakar di dalam oven selama 10 min dengan kepanasan 180 darjah celcius.
  6. Setelah tart masak kelurkan dari oven, dan sejukkan. Setelah itu bolehlah dihidangkan.


Ayam Goreng Ala2 KFC




Bahan Untuk Perap Ayam

6-8 ketul ayam (saya guna 1 ekor-dipotong 12)3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung

1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras
3 ulas bawang putih ditumbuk(saya guna garlic powder)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa
=> 2 biji telur(dikocok2 je)

Cara-cara

  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.(saya goreng dengan minyak yg banyak dlm periuk)
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

.......Selamat Mencuba Kwn2...
















5 comments:

  1. tiba2 saje kedengaran perutku berbunyi minta di isi..
    haha...beshnya....
    nak sket!!!

    ReplyDelete
  2. wow.. paling teruja tengok pizza nyer resepi.. i nak buat.. yess!!=p

    ReplyDelete
  3. huhu...try la..nnti anta sini sikit eh..=) bagi azmi tu skali..haha

    ReplyDelete
  4. alaa.. i like blueberry tat!! nk try boowat..

    ReplyDelete
  5. try eh..pastu post la kat blog u..anta sini sikit..hehe

    ReplyDelete